Thursday, 29 March 2018

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)

Alhamdulillah ..lepas2 result spm keluar,maka keluarlah result keputusan kemasukan pelajar baru ke Kolej2 Matrikulasi di Malaysia ni.Awal2 niat aq mmg xnak masuk matriks sbb byk cerita2 luar n pendapat org bahawa belajar kt matriks ni stress gila hahah.Tpi dlm hati ni tetap ckp yg suruh apply jugk mane tahu dpt kan n family , cikgu2 pon support .Time tgh keja KFC tgh masak ayam spicy kwn2 kerja ckp yg keputusan kemasukan matriks dh keluar.Aq pon apa lagi..trus cpt2 amik phone tinggal kejap ayam tgh masak tu trus pergi check online haha..Alhamdullilah nampak ja perkataan 'Tahniah' tu mmg trus seronok melompat2 aq dibuatnya hahah. Dpt plak Matriks yg dkt dgn rumah mmg best la.Tpi time apply online xpernah letak pilihan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.Awal2 masuk sini dulu mmg ada rasa menyesal la jugak tpi dah lama2 jgn risau korg akan adapt dgn suasana sini and relax ja layan.

 Kat sini lecturer semua baik2 n penyayang jgn risau .  tips kalau korg nak belajar kt sini snng ja .1st skali buat ramai kwn sbb ada kawan ramai ni snng nnti kita nk mintk tolong ke study groups ka .2nd buang sikap tangguh menangguh sbb kt sini setiap hari akan ada kerja baru yg akan diberikan oleh lecturer . 3rd rajin join aktiviti2 kt sini sbb dalam masa sama dpt eratkan hubungan silaturrahim plus siap dapat markah kokurikulum lgi utk snng nnti nak apply masuk ke mana2 Universiti .4th, rajin2lah turun surau berjemaah skali ramai2 .

Kt sini yg bestnya dah tentu dpt elaun free rm250 sebulan and yuran bayar sekali saja time pendaftaran.So ,korg xpayah risau lgi fikir pasal masalah kewangan ka , bayaran tambahan ka..

Wednesday, 28 March 2018

Air Terjun Titi Kerawang

Air Terjun Titi Kerawang ni memang tempat sinonim utk geng2 yg nak merasai air terjun kt area penang ni.Selalu kalau hujung2 minggu aq dgn kwn2 mesti akan dtg tmpt ni nak mandi skali..
Tpi nk pi tmpt ni agak mencabar..sbb kena lalu jalan Teluk Bahang yg jalannya dkt2 area bukit biasala berlekok2 n sempit.dah sampai tmpt dia bukan bermakna dpt trus mandi..kena plak panjat batu2 nak naik keatas nk jumpa air terjun ni..sbb tu kalau tmpt ni org2 muda sja yg pergi hahaha.Air dia memang best gila la biasala air bukit rasa dia lain dripada air klorin yg mcm kt kolam2 hotel tu kan hahah.lagi satu tempat dia mmg nyaman n udara pon segar biasala dikelilingi dgn pokok2 ..Kedalaman dia xdalam sgt tpi ada satu certain tmpt yg dalam dia melebihi 2meter ..So , nak mandi sini jgn dtg sorg2 , make sure bwk kwn2 or family ke sbb tmpt ni mmg xda org yg jaga mcm lifeguard ke.. so hati2 sikit takut apa2 yg terjadi.


Wednesday, 14 March 2018

JOOX Vs Spotify


Joox ka spotify ? mana satu pilihan  hati kalau nak dengar lagu ??? 

Untuk layanan Premium & VIP, dua2 ada trial. JOOX dpt layanan VIP selama 1 bulan untuk member baru, sedangkan Spotify dpt 1 Minggu Layanan Premium untuk member baru yg baru daftar. Kalau masa layanan habis, boleh lagi dengar lagu tapi akan ada iklan setiap 15 minit korg dgr lagu. Dan untuk JOOX, korg takkan boleh dgr lagu berlabel VIP lagi dan feature download pon dah xleh guna.

Tapi Joox ni dpt kelebihan sikit sbb boleh redeem 1 hari free VIP setiap hari dgn share lagu2 dlm Joox ke Facebook dan Wechat korg . Kalau Spotify , nak dpt premium tu mmg wajib beli xda cara lain lagi dah.


Tpi bagi aq , aq lebih suka Spotify .. walaupun sistem dia jenis wajib berbayar tpi kita still boleh dgr lagu and lagu yg aq minat semua ada compare dgn Joox certain lagu xda . Lagi satu , Spotify jenis akan play music yg genre yg kita akan suka yg sejenis mcm lagu yg kita play sebelum tu so mmg sedap la layan .Tpi apa pon ikut jugak org tu dia selesa yg mana satu la kan.

Spotify Interface

Joox Interface

KELEBIHAN JOOX
  • Interface yg bagus sbb ada galeri tema
  • Feature share utk dptkan VIP
  • Memiliki Lirik
  • DTS
  • TIMER
  • Gambar Lirik

KELEMAHAN JOOX
  •  berat sikit dibandingkan dgn Spotify
  • Kualiti audio dibawah spotify
  • Jumlah lagu hanya sekitar 5+ Juta
KELEBIHAN Spotify
  • Ringan, sesuai untuk device low end dan sederhana
  • Mudah Digunakan
  • Memiliki lagu yang sangat banyak, Sekitar 30+ Juta Lagu
  • Feature MOOD yg accurate 
  • Bagus dalam ranking lagu
KELEMAHAN Spotify
  • xda  lirik
  • xda  TIMER
  • xda  feature layanan premium free mcm joox time dah habis masa trial

Wednesday, 7 March 2018

HOHO Penang

Ok .. apa tu HOHO ? mesti korg tertanya2 kan ? HOHO Penang ni sebenarnya singkatan dri Hop On Hop Off Penang .
Secara jujurnya aq ni memang selalu naik bas time skolah menengah dulu..boleh dikatakan tiap2 hari pi dan balik naik bas hehe..

hop on hop off nie..
ada dua laluan
satu laluan bandar ( CITY ROUTE ) dan
satu lagi laluan pantai ( BEACH ROUTE )
bas nie akan berhenti di setiap pitstop yang di sediakan..
di mana setiap PIT stop adalah tempat2 menarik yang boleh di lawati...
bunyi macam best kan...
so, kalau cakap tak nak ke penang sebab takut tak tahu jalan
korang tak payah bimbang lagi..naik jer bas nie..

CITY ROUTE :
stop 1 Gurney Plaza | Gurney Paragon | Gurney Hawker |
stop 2 Tow Boo Kong (Taoist Temple) |
stop 3 Youth Park |
stop 4 Botanical Gardens |
stop 5 Penang Hill |
stop 6 Kek Lok Si Temple |
stop7 P. Ramlee's House | Town Museum | Penang Times Square |Huan Yan Temple |
stop 8 KOMTAR |
stop 9 1st Avenue Mall| Chowrasta Market | Georgetown UNESCO World Heritage City |Masjid Jamek Lebuh Chulia |Perangin Mall |
stop 10 Armenian Street | Campbell Street Market |Kapitan Keling Mosque | Masjid Melayu Lebuh Acheh | Penang Islamic Museum | Sun Yet Sen Museum | The Goddess of Mercy (Kuan Yin) Temple |
stop 11 Cheah Kongsi | Chinatown | Khoo Kongsi |Little India | Sri Mahamariaman Temple | Teochew Temple | Penang Malay Artist Gallery |
stop 12 Clan Jetties | Church St. Pier | Penang Ferry Terminal | Tanjung City Marina | Swettenham Pier Cruise Terminal |
stop 13 Victorial Memorial Clock Tower |
stop 14 Penang Town Hall | Fort Cornwallis| Penang Art Gallery | Penang Museum & Art Gallery |
stop 15 Goodness of Mercy Temple | St. George Church |
stop 16 Cheong Fatt Tze Mansion | Church of the Assumption |
stop 17 Dharmikarama Burmese Temple |Wat Chaya-mangkalaram |
stop 18 Straits Quay |


BEACH ROUTE
Stop 19 Four Point
stop 20 Flamingo
stop 21 Shamrock Beach
stop 22 Miami Beach
stop 23 Rasa Sayang
stop 24 Golden Sand
stop 25 Holiday Inn

stop 26 Batu Ferringhi Sidewalk Bazaar | Yahong Art Gallery |
stop 27 Batu Ferringhi Beach |
stop 28 Spice Garden |Tropical Spice Garden |
stop 29Teluk Bahang Fishing Village |Pantai Kerachut | Teluk Bahang |Penang National Park |
stop 30Batik Factory |
stop 31 Escape |Toy Museum |
stop 32 Butterfly Farm |
stop 33 Teluk Bahang Dam |Taman Rimba



Tuesday, 6 March 2018

Top Game Apps Mobile Phone

Kalini aq nak cerita pasal 2 top games kt mobile phone yang korg pasti teringin and patut main .

1. Mobile Legends: Bang Bang


Game ni sebenarnya diterbitkan di China pada pertengahan tahun 2016 . Game ni boleh dikatakan Game Dota versi Mobile .Boleh dikatakan sebijik mcm Dota . Game ni objektif dia utk musnahkan pangkalan utama musuh .siapa yg dapat musnah pangkalan utama dialah digelar pemenang . Game ni perlukan 5 org dalam satu team .So total 10 org yang main dalam 1 match game ni.Macam2 karakter hero boleh pilih sebelum permainan bermula mengikut kehendak kita.Game ni pon aq start main awal tahun 2017 sampailah sekarang sebab hasutan kwn2 haha..kalau pi mana2 ja mesti confirm dengar background music game ni..boleh dikatakan worldwide game ..bukan ja Malaysia tpi seluruh dunia !



2.Rules Of Survival (ROS)
Game ni diterbitkan pada tahun 2017..Game ni kalau nak tau dia mcm ala2 Hunger Games . Game ni jenis perang dalam 1 pulau bunuh sesama sendiri utk dinobatkan sebagai juara no.1 ..Dengar mcm kejam tpi memang best gila .Game ni bukan saja main solo , tpi duo , bertiga , berempat malah berlima pon ada..kalau nk main dgn kwn2 mmg this is the perfect game .Gambar sebelah salah satu match kemenangan dpt no.1 main dgn kwn2 hehe !






Wednesday, 28 February 2018

Penang or Pinang ????

Hasil carian imej untuk bendera pulau pinang

memandangkan cek org Pulau Pinang..skrg cek nak berkongsi sikit sejarah pasal nama Pulau Pinang ni hahah..

sebelum apa2 nama diberi kepada pulau ini, orang mula2 memanggilnya dengan nama pulau “kesatu” — kadang2 dijumpai dalam sumber dieja sebagai “kasatu”. Orang puteh menyebut “penang” untuk pulau pinang, masa tu tulisan rumi belum ada, cuma jawi saja yg ada, so orang putih ikut suka hati mereka ja eja “pinang” sebagai “penang” menurut lisan mereka.

Time skrg orang lebih faham pulau pinang itu ialah pulaunya sahaja tidak termasuk tanah besarnya yg bercantum dgn negeri kedah. buktinya ada satu billboard iklan besar selepas masuk tol jambatan pulau pinang yang menulis “selamat datang ke pulau pinang” – yg menerima komplen daripada persatuan pengguna pulau pinang lebih kurang setahun kebelakangan ini. Hakikatnya negeri pulau pinang itu adalah keseluruhannya pulaunya termasuk tanah besarnya (iaitu seberang perai yang dikenali sebagai province of Wellesley bagi omputeh pada masa itu).

Ibu negerinya ialah bandar “George Town” yang kebanyakkannya dah jadi trend dieja sebagai “Georgetown” (satu perkataan) bahkan dalam dokumen rasmi seperti surat-menyurat, iaitu dinamakan oleh org putih yg menjajah dahulu bersempena dgn nama raja england iaitu george. Bagi orang dulu2 ia lebih dikenali sebagai “tanjung” iaitu singkatan bagi “tanjung bidara”.and skrg Pulau Pinang dikenali sebagai 'Pulau Mutiara'.

Young Billionaire



(Cerita ni dirngkaskan daripada cerita The Billionaire-True Story)

Kali ini kita akan bercerita tentang hidup susah payah seorang lelaki yang kini bergelar jutawan muda di Thailand . Walaupun dirinya kini hidup penuh dengan kekayaan, namun ia bukanlah bermula dengan kesenangan. Pemuda ini terpaksa melalui detik sukar dan sering mengalami kerugian semasa menjalankan perniagaannya.Top Ittipat merupakan seorang pelajar bermasalah di sebuah sekolah di Thailand. Top sering dibandingkan oleh cikgunya dengan abang serta kakak nya yang jauh lebih baik daripada Top ketika berada di bangku sekolah sepertinya.Seperti remaja lain seusia dengannya, Top sangat suka bermain game online.


Dengan bantuan daripada pakcik nya, Top mula menyewa tapak perniagaan di sebuah shopping mall berdekatan rumahnya. Pada awalnya perniagaan di mall tersebut tidak memberikan pulangan yang memberangsankan sehinggalah Top bertindak menukar lokasi perniagaan nya ke tempat yang lebih strategik iaitu di hadapan pintu masuk shopping mall tersebut.Sambutan yang diterima selepas itu sangat memberangsankan dan disebabkan ini Top mencongak untuk meluaskan lagi perniagaan nya dengan menyewa lebih banyak mesin pemproses dan menggajikan pekerja untuk mengendalikan gerainya yang lain.
Kejayaan kacang rebus Top ini tidak berpanjangan apabila pihak atasan shopping mall tersebut membatalkan kontrak semua gerai milik Top kerana asap yang terhasil daripada mesin miliknya merosakkan bumbung mall tersebut dan mengganggu perniagaan lain yang ada di situ.


Top berasa sangat sedih dan kecewa. Pada waktu itu Ibu Bapa Top mengajaknya untuk berpindah ke China kerana bebanan hutang yang terpaksa ditanggung oleh syarikat bapanya semakin tidak terkawal.Top berkeras mahu tinggal terus di Thailand dan menolak pelawaan ibu bapanya untuk bersama-sama mereka tinggal di China dengan abang dan kakaknya di sana. Dia mahu mencuba satu lagi bisnes untuk melangsaikan hutang keluarganya yang ketika itu mencecah angka 40juta Baht.Daripada perniagaan kacang rebus, Top beralih kepada perniagaan rumpai laut pula. Idea untuk menjual rumpai laut ini bermula ketika bekas kekasihnya memberikan Top snek rumpai laut untuk meredakan kesedihannya pada waktu itu.Bermacam usaha dilakukan oleh Top untuk menjayakan bisnes rumpai lautnya pada kali ini. Bermula dengan modal 100 ribu Baht, Top memborong sebanyak mungkin rumpai laut mentah dan pakcik nya pula akan mencuba sendiri untuk memasak rumpai laut tersebut.

Top juga turut belajar cara untuk mengawet rumpai laut tersebut supaya lebih tahan lama dan tidak mudah rosak. Ketika itu Top juga terfikir untuk meletakkan produk buatannya itu di kedai-kedai milik 7 Eleven yang ada di serata Thailand ketika itu. Disebabkan standard tinggi 7 Eleven, usaha Top untuk menjual produknya di setiap rangkaian kedai 7 Eleven amatlah sukar.
Dia tidak mempunyai tenaga kerja yang banyak dan dapur rumahnya merupakan kilang dia menghasilkan snek rumpai lautnya. Top tidak mahu segala usaha dan penat lelahnya menjadi sia-sia sahaja. Akhirnya Top mencuba sedaya upaya untuk membuka sebuah kilang pemproses menggunakan kedai peninggalan bapanya yang sudah tidak digunakan lagi dan mengupah beberapa orang pekerja untuk menghasilkan 72,000 bungkus snek rumpai laut untuk dipasarkan di 7 Eleven mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.
Top akhirnya berjaya memenuhi permintaan 7 Eleven dan produknya dipasarkan di 3000 buah kedai 7 Eleven di seluruh Thailand dan kemudiannya semakin berkembang sehinggalah kini kita di Malaysia juga boleh merasai Tao Kae Noi yang dihasilkannya.
Pada usia 26 tahun, Top berjaya membayar semula kesemua hutang keluarganya dan memiliki perniagaan yang maju dan kukuh. Dia juga dinobatkan sebagai billionaire muda Thailand.

Mengejar cita-cita belajar di UTM


UTM ni merupakan Universiti yg fokus kepada bahagian Engineering . Kalau nak tau this year UTM menduduki ranking top5 di Malaysia !

ok ni aq nak pendekkan cerita yg telah diceritakan oleh alumni Universiti Teknologi Malaysia.
''UTM ni besar, tersangat-sangat besar sehingga saya juga belum habis teroka Tanah UTM ni. Hehe. Ada banyak pintu masuk, dan yang pasti pintu masuk semasa pendaftaran nanti adalah di pintu masuk utama. Ada banyak kolej (asrama penempatan pelajar) yang mana setiap kolej adalah berdasarkan fakulti dan campur lelaki dan perempuan dalam satu kolej ( tapi lain-lain blok ye). Ada juga kolej yang hanya dihuni siswi (pelajar perempuan) seperti Kolej Tun Fatimah (KTF) dan Kolej Datin Sri Endon (KDSE). Semasa pendaftaran jangan risau, tak jem sangat kot kerana ada pegawai keselamatan yang akan memberi arah kolej yang bakal diduduki. Pendaftaran adalah di Kolej Kediaman masing-masing, bukan di Fakulti''
UTM ni yg bestnya diberi jaminan duduk di asrama sehingga habis belajar.Best kan ? sbb dpt jimat duit perbelanjaan dripada duduk rumah sewa..





Tuesday, 27 February 2018

Demi Sesuap Nasi

Kalini aq nk berkongsi pasal pengalaman aq kerja kt tempat kerja aq dulu plak .Aq kerja kt KFC Sungai Dua dulu time tgh tunggu kemasukan ke alam pembelajaran seterusnya .. dekat hampir 5 bulan jugak aq kerja..kalau sambung lgi In Sha Allah boleh la kot jadi manager hahah..Banyak kenangan pahit n manis kerja kt sana boleh kata setiap kali lalu je kt kfc mana2 mesti teringt balik..Perjalanan dri rumah nk ke tmpat kerja ambil masa setengah jam jugak naik moto..mmg jauh tp apakan daya tu ja yg dpt time tu...Tpi untungnya kerja ni xpayah bwk kluar duit langsung kt makanan..makanan free ja staff meal skali kenyang sampai balik..mmg dulu pi kerja beg duit sentiasa kosong ja xbwk duit satu sen pon.

Gaji not bad la rm5.5 sejam..setiap kfc berbeza xsama gaji ikut tmpt jugk ..kalau dlm sebulan tu bolehla dpt dlm rm1.2k ..1st2 gaji dpt tu dpt la beli phone sndiri ..alhamdulillah still pakai sampai skrg..

ok skrg nk cerita pasal experiences kerja kt restoran fast food ni..terus terang ckp kerja dlm fast food mmg letih gila n boleh kata teruk jugak..ikut tmpt jugak..sbb kt tmpt aq kerja mmg sentiasa ramai org..so kena restock n buat kerja cpt2..1st aq masuk situ aq jadi cashier..mula igt cashier ni snng ja ..last2 baru tau betapa stressnya jadi cashier nk kena hadap mcm2 kerenah customers..byk jugak kena maki , marah ..standard lah tu manusia kan..tpi kenangan manisnya time satu hari ni customer yg selalu complain kt HQ pasal problem2 yg dia hadap time makan kt kfc datang kfc ..time tu aq la jadi cashier..mmg x expect la mamat ni yg selalu complain tu..aq buat mcm biasa ja..sekali dia xcomplain tpi dia bgi compliment pasal aq n kwn aq cashier lgi sorg kt HQ .. tup2 dpt pujian n hadiah dri manager hahah..then dpt anugerah cashier terbaik ..dpt la makan free dgn Manager Area KFC kt Fisherman's Grills and dpt voucher rm50 :D 

Ok next , dh stress jadi cashier , aq mintak kt manager nak jadi cook ..ok cook ni apa yg dia buat ? cook tugas dia masak ayam , buang kotoran2 ayam , angkat barang2 time stock sampai ..jadi cook ni kalau xkena minyak tu mmg xsah la hahaha..cook ni mmg kena yg hati kental ja hahah..tpi best jugk jadi cook sbb boleh sembang2 ..kenangan pahit jadi cook ni ada sekali haritu time tukar minyak.. minyak baru terkena sabun..abis serabut kepala nk kena tukar semua hahha..makan masa sejam jugk la..sbb time tu buat kerja sorg ja..Nasib baik la time tu customer xbyk ..kalau x mmg nahas la hahah... Ok sekian shja perkongsian pasal alam pekerjaan kt fast food.
Mmg kalau lepasni nk minta kerja ke apa mmg xkan mintak dh kerja fast2 food bagai ni hahaha dah bertaubat xD

Flashmob Ekspo ala2 Public Prank

Skrg aq nk cerita plak pasal aritu time Minggu Evolusi Minda Optimis Remaja Islam (MEMORI)kt KMPP ada join flashmob eskpo 20/1/2018.Apa flashmob ni sebenarnya ? Flashmob ni mmg ala2 public prank dgn bertujuan tertentu.Ok bgi flashmob yg aq join ni buat dkt ekspo time ramai2 tgh beli barang.Barisan pelakon ada dlm lebih kurg 9 org(4 pengacau , 5 org pakai niqab)Main point dia buat kacau kt ekspo (aq salah sorg pengacau tu) n then cuba mengorat perempuan2 niqab(dua org yg pakai niqab dari 5 org tu lelaki sebenarnya) then hina2 / perli/ kutuk geng2 yg pakai niqab.Alhamdulillah berjaya walaupun practice xsampai 5 hari dan plan tukar last2 minit hahah..Memang time tu xsangka betul ramai yg tgk n bagi sambutan termasuklah dpt pujian dripada ustaz yg handle program MEMORI .Apa tujuan utama buat flashmob ni ? ok tujuannya sbb nak tingkatkan keyakinan dan kesedaran masyarakat sekeliling terhadap penindasan wanita2 muslim kt negara luar sana.Itu Sahaja :)



ok ni gambar barisan2 pelakon n ajk2 yg terlibat :





Foodie Penang

Dgr cerita penang ni dikenali sebgai heaven of food .. betul ka ? yep betul sbb aq sendiri org penang dh merasainya hahah XD ..ok kalini aq nk kongsi 5 tmpt makanan yg menarik n sedap bagi aq kt penang ni :

1. Nasi Kandar Deen Maju Jalan Gurdwara


-kalau nk cerita nasi kandar Deen Maju ni mmg top 1 nasi kandar kt penang tau .. sbb tiap2 kali nak pi beratur dh macal ular hahah tpi service dia laju so xda la tunggu lama sgt ..tau sbb apa nasi kandar deen maju ni jadi pilihan no.1 org ramai ? sbb resepi ayam goreng dia mmg xkan jumpa kt tempat lain sbb dia gunakan 15 rempah utk masak ayam ni and gulai2,kuah2 dia mmg terbaikkkk ..kalau aq datang sini mmg wajib order 2 ketul ayam hahah
and harga dia jangan risau mmg harga membe2 murah betul sbb nasi dgn ayam xsampai rm6 .



2.Mee Sotong Padang Kota
-mee sotong ni memang femes dari dulu lgi siap masuk jalan2 cari makan lgi and dh banyak kali masuk paper . memang mee sotong paling terbaik aq pernah makan .nak diingatkan kalau yg jenis xmakan pedas jgn cuba nak try makan sbb mee sotong dia mmg pedas hahah.Sambil2 makan mee sotong ni boleh la layan skali coconut shake mmg perfect combination :D




3.Nasi Kandar Mohamad Raffee

-ok nasi kandar rafee ni dalam top 5 the best nasi kandar . Restoran dia terletak di Pulau tikus and menjadi perhatian org ramai..apa yg menarik ? ayam dia besar and rangup ..kalau dh gigit sekali tu mmg nikmat betul hahah

4.Astaka Taman Tun Sardon
-tempat ni mmg femes dalam kalangan rakyat Pulau Pinang dgn tempat breakfast terbaik .. sbb bermacam2 gerai jual makanan2 yg sangat menarik dan sedap .Kalau datang sini time weekend mmg penuh sampai xda tempat duduk ..mmg dari awal pagi pukul 6 dh buka.

5.Apam Jalan Datuk Keramat
-Apam ni memang antara apam legend lah ..sbb apa digelar apam legend ? sbb dh berpuluh tahun sejak perang dunia kedua lagi gerai ni dh ada ...skrg ni uncle yg buat ni pon dh umur 60++ ..tpi apakan daya anak dia sendiri xnak sambung generasi ayah dan atuknya dh lepasni..gerai ni bukak tepi jalan sja... kalau nk order apam tu order yg special sbb siap ada cheese lgi mmg meleleh abis kalau makan hahahah..dh beli satu mesti confirm akan order lgi satu..

Sekian..

Thursday, 22 February 2018

Keep Calm and Play games

Main video games ni memang feveret aq sejak dri kecil lagi.Aq terpengaruh main game ni dri abang aq la time aq kecil lgi.Time tu ps1 baru released and mak aq hadiahkan birthday dia Playstation 1 tu la.sejak tu dia ajak aq main and aq ketagih sampai skrg..

Ok game ni ada dua platfrom iaitu console and pc .console ni contohnya Playstation 4 ,Xbox , Nintento dan sebagainya. tpi skrg byk gamers lebih prefer pc dripada console sbb console dia stack kt fps30 and non upgradeble mksudnya dh start beli mcm tu..so mcm tu la sampai bila2.Pc ni kelebihan dia lain sikit sbb dia boleh upgrade mcm2 dri dlm sampai lah ke luar dan pc ni game dia lebih menarik dripada game yg kt console and even game pc lgi murah dripada game console !!sampai skrg lah timbul isu pergaduhan antara gamers2 console vs gamers2 pc ni hahah..masing2 nak mng biasalah..

Skrg aq nak share game yg aq main and aq rasa game ni antara game terbaik yg korg patut cuba hehe..

1. Counter Strike Global Offensive(CSGO)
Game ni is a multiplayer first-person shooter yg released pada tahun 2012.Game ni sejenis game perang 5vs5 yg kini top3 game yg paling ramai org main , seluruh dunia main game ni boleh dikatakan time main mcm2 jenis org kita akan jumpa..Game ni kena beli dulu kt Steam dlm harga rm31 (xmahal sgt) .ok ni aq share sikit gamba texture in-game..not bad jugak la grafik dia kan ? 


2.Grand Theft Auto 5
 Game ni mmg aq layan dripada sejak dia buat game lgi time tu GTA 1 sampai lah skrg GTA 5 ..game dia ni best sbb dia mcm open world gaming ..kita boleh bebas and buat mcm2 kt dlm game tu..GTA 5 ni paling latest la and dia punya feature lgi bagus dri yg sebelomnya.Game ni kalau main online mmg layan gila sbb game ni main dgn kwn mmg best xterhingga sbb kita boleh buat mcm2 dgn kwn2 cthnya rompak bank , naik kereta kehulu kehilir , buat kacau n mcm2 lagi.Mmg aq prefer kalau main game ni trus main online ngan kwn2 .Grafik dia plak mmg padu terbaik !

3.Fifa 18

selalunya kita asyik tgk je kt tv club2 yg kita minat lawan bola..skrg kita plak yg control dorg main .. haha best kan ? Yang lgi bestnya time main 'Career Mode' sbb kita boleh buat team sendiri and control financial club tu sendiri..best kan ? tahu x berapa harga game ni aq beli ? RM220 weyyy hahaha. ok yg ni saja kot yg aq mampu share and game yg aq setia sampai skrg hehe..



Wednesday, 21 February 2018

Majulah Sukan Untuk Diri Sendiri xD

ok skrg aq nk berkongsi sikit pasal sukan kegemaran aq .Yang pertama , sudah semestinya bola sepak :D . Tau sbb apa aq pilih sukan ni sbgai sukan kegemaran ? sebenarnya minat mmg dri sejak kecil lagi .Sukan ni jenis menggunakan kekuatan kaki utk tendang and aq rasa minat sbb permainan dia boleh kata lepas geram la time nk sepak tu hahah..Lagi satu aq minat sbb permainan ni dia bermain dalam berkumpulan ramai . so , mcm time main ada bonding satu sama lain , bekerjasama satu sama lain , kalah sama2 , menang sama2 hahah..ok dah cerita pasal bola sepak ni mestila ada club bola feveret kan ? Bgi aq ,club yg aq minat Real Madrid sudah pasti  :D .. minat Real Madrid mmg sejak dri kecil lgi siap ikut perkembangan club tu sendiri .Player dia yg aq minat dh semestinya bukan Cristiano Ronaldo tpi Isco Alarcon hahah.Mmg minat playstyle dia sejak dia main kt Malaga Fc lagi.



Sukan feveret yg kedua aq minat agak2 apa ? jawapan dia bowling hahah ..asalnya dulu   xminat pon game ni tpi sejak form 1 masuk kokurikulum sukan bowling.. tiba2 time  cg koko ajak semua ahli pi main bowling .time first balingan tu dh rasa jatuh cinta plak ngan bowling ni hahaha..Sampai skrg lah still main bowling kalau kadang2 free2 kluar ngan kawan pi main bowling ramai2..bowling ni dia best sbb its a bit challenging and kita sendiri rasa challenging ngan point kawan kita kalau point dorang lgi tinggi dri kita kan ? hahaha..Kalau nk kata terer main xlah sgt tpi rasanya dh boleh wakil Malaysia dh kot ahahah..>> ni aq payung sikit balingan tercantik yg pernah aq
baling hahah..

Tuesday, 6 February 2018

Short Vacay 2017 (Langkawi)


Ok ...kt sini nak bgitau aritu aq ada pergi bercuti kt Langkawi 3hari2malam...bkan dgn family ..tpi dgn kwn2 .. biasala org kata kalau pi bercuti dgn kwn2 lebih interesting kan ? haa..kt sini aq nak share sikit pengalaman pahit manis kt sana dan nk bgitau cmna dkt sana,apa yg ada dan lain2.Kami sebenrnya ambik pakej sekali dgn kereta sewa .Ceritanya bermula dgn angan2 ja nk bercuti skali kami 5 org (aq ,Arsyad ,Afifah ,Mad(yg kanan sekali pakai baju biru) , Aidil(yg depan sekali pegang camera)) ..pastu tup2 jadi kenyataan..

Time sampai2 Langkawi tu yg first sekali kami cri mestila makanan ..dh sampai jauh mesti la lapar kan ? tpi serius kalau kt sana tolong  ikat perut korg sbb harga dia mmg perghhh paduu..ok then lepastu kami check in hotel dkt area Pantai Chenang..dpt pulak hotel yg view dia paduu gilaa nampak pantai abis .. ok aq recommend kt korg kalau pi Langkawi booklah Landcons Hotel mmg superb kolam semua ada jgn risau hahah
<<<<gambar sebelah ni gambar yg smpt diambil aritu xD


Dah habis check in ,mmg kami xtunggu lagi..kami terus gerak ke UnderWater World Langkawi ..mmg betul2 depan hotel yg kami menginap ja .. jalan kaki xsampai berapa saat ja ..untung kan ? harga UnderWater World tu not bad la .. utk warganegara dewasa Rm36 .. ok apa yg kami dpt time pi sana ? antaranya dpt tgk penguin xD tu yg specialnya ..kt tmpt lain mmg payah nk ada ..xlupa jugk kt sana ada beratus2/beribu2 spesis haiwan laut .

Time malam plak ? kami lepak santai2 tepi Pantai Chenang .. mcm2 aktiviti time malam2 contohnya mcm tarian api , persembahan dan mcm2 lgi ..

2nd day - awal2 pagi dlm pukul 8 kami gerak nk ke Island hopping .. ok apa yg dpt time pi island hopping ? first dia bawa kami ke Pulau beras basah apa yg menarik kt Pulau beras basah ? Dah tentu snorkeling sbb laut dia mmg jernih siap bole nampak ikan2 kt dlm hahaha..Then dia bawa kami ke tempat eagle feeding.. kalau tgk atas mmg penuh helang ..rasanya lebih dri 40 ekor ..banyak kan ? Then , last destination dia bawa kami ke Pulau Dayang Bunting .. apa yg best ? dgr org crita kalau sapa yg mandi tasik
dayang bunting tu mujarab utk org yg nk mengandung hahaha ..Tpi kalau sapa yg xpandai beranang tu kena standby pelampung lah ..tau sbb apa ? kedalaman dia mencecah 10 meter ..Kenangan pahitnya aritu saja acah xnak pakai pelampung..tgh syok berenang tiba2 kaki rasa kebas ..siap jerit panggil kwn suruh baling pelampung  ..dan seterusnya kami berangkat pulang ke hotel



Time petang pulak ..kami berangkat ke Cable Car Langkawi ..dkt setengah jam jugk nak sampai dri hotel kami . mmg best gila tpi harapan nk tgk view tu musnah sbb time kami pi mmg kabus gila sbb baru lepas hujan hahah..harga dia not bad Rm35 utk dewasa..dah turun tu ..kami pergi muzium 3D dkt area situ jugk .mmg lawa lah art kt situ.

<<<<ni gambar yg sempat save hahah
ok dah habis melawat tempat ni semua then kami sampai hotel dlm pukul 9 malam jugk la..agak lewat..then kami kemaskan diri lepastu kami jalan2 sekitar area pantai chenang..mcm2 jugak gerai2 jual baju , brg2 and etc..and lagi satu kt situ mmg semua ada boleh dikatakan mini outdoor shopping mall.Sbb kt situ semua benda ada jual n siap ada restoran fast food setiap tmpt contohnya McDonald, MarryBrown ,KFC ,Pizzahut , Starbucks dan lain2 lagi.So ,kalau dah sampai sana sapa yg mengidam nk makan fast food mmg snng la hahah.Dan xpayah susah2 beli data internet ke sebb depan hotel tu betul2 McDonald.So,connect ja dari jauh hahaha

the 3rd day/last day .. kami bangun pagi dh selesai solat subuh semua .Cuba teka kami pi mana ? kalau dh dtg Langkawi xkan xbeli langsung ole2 cokelat kan ? Dah mmg Langkawi dikenali Heaven of Import Chocolate kan ? sbb kt sana tax free . so kami decided to go HIG (Haji Ismail Group) yg dekat . Dkt sana ada 2 kedai dia bukak ..mmg besar la ..so xpayah risau kalau nk pilih cokelat yg korg risau xda sbb kat sana semua ada dari A-Z .

And last spot - kalau dh sampai langkawi ni kalau x bergambar dkt Dataran Lang tu mmg xsah la kan hahaha.so kat sini aq payung gambar aq kt sana hahaha.Editing skill tu main peranan jugk hahaha.Dan seterusnya kami pon berangkat pulang .So total kerugian aq pi sana boleh dikatakan rm500 jugk la hahah ..kalau korg nk pi sana make sure amik pakej pelancongan sbb dpt jimat sikit dripada pi sendiri.











Wednesday, 24 January 2018

Hai Assalamulaikum :)


Pertama , aq  perkenalkan diri aq iaitu Muhammad Amirul Aqmar Bin Mustafa , Asal Penang ,tahun ni 2018 umur 19 tahun . No.3 daripada 3 org adik beradik .Paling bongsu biasala Sekarang masih belajar and In Sha Allah lambat lgi nak habis hahah..harap2 dapat sambung sampai PHD la  xD .Yang pertamaa skali aq nk perkenalkan blog ini..tujuan utamnya ialah nak share kt korg about myself and others etc...Dan aq nk ucapkan selamat datang ke blog ini ~

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)

Alhamdulillah ..lepas2 result spm keluar,maka keluarlah result keputusan kemasukan pelajar baru ke Kolej2 Matrikulasi di Malaysia ni.Awal2...